1 / 3
  • Slide Title

    Pneumonia dan Usia Yang Meningkat

  • Slide Title

    Orang yang sudah mencapai usia senja mahukan badan yang sihat, hati yang gembira, dan tidak mahu menyusahkan anak-anak. Mereka mahu menjaga diri sendiri.

  • Slide Title

    Namun demikian, proses penuaan banyak mengubah badan. Seiring bertambahnya usia, sistem imun tidak berfungsi dengan baik menjadikan mereka lebih mudah mendapat jangkitan yang boleh menyebabkan pneumonia.

  • Slide Title

    Salah satu jenis pneumonia dari komuniti yang lazim berlaku ialah pneumonia pneumokokus yang disebabkan oleh bakteria Streptococcus pneumoniae.

  • Slide Title

    Mujurlah pneumonia boleh dicegah. Bincang dengan doktor anda tentang vaksinasi dan cara lain untuk mencegah pneumonia hari ini.

  • Slide Title

    Warga emas 4 kali lebih berisiko mendapat pneumonia daripada pesakit yang berumur bawah 65 tahun dan hampir 5 kali lebih berisiko dimasukkan ke hospital kerana penyakit ini.

  • Slide Title

    Individu yang berumur mungkin sukar sembuh daripada pneumonia. Ada yang memerlukan bantuan ventilator untuk memudahkan pernafasan jika mereka mengalami komplikasi manakala yang lain pula terpaksa menanggung kesan jangka panjang pneumonia (contohnya masalah jantung yang bertambah teruk).

  • Slide Title

    Jika anda berusia 60 tahun ke atas, sila ambil langkah-langkah untuk mencegah pneumonia.

  • Slide Title

    Bincang dengan doktor anda mengenai vaksinasi pneumokokus dan cara-cara lain untuk mengurangkan risiko anda dijangkiti pneumonia.

  • RUJUKAN

    Slaid 3 & 6 - Stupka, J. E., Mortensen, E. M., Anzueto, A., & Restrepo, M. I. (2009). Community-acquired pneumonia in elderly patients. Aging health, 5(6), 763-774.
    Slaid 4 - Dion CF, Ashurst JV. Streptococcus Pneumoniae. [Updated Mar 25, 2020]. In: StatPearls [Internet]. Treasure Island (FL): StatPearls Publishing; 2020 Jan-. Available from: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK470537/ [Accessed September 24th, 2020]
    Slaid 5 & 9 –
    Preventing Pneumonia. (Updated May 27, 2020). American Lung Association. https://www.lung.org/lung-health-diseases/lung-disease-lookup/pneumonia/preventing-pneumonia [Accessed September 24th, 2020]
    Slaid 6 - Janssens, J. P., & Krause, K. H. (2004). Pneumonia in the very old. 
    The Lancet infectious diseases, 4(2), 112-124.
    Slaid 7 – a)
    Pneumonia Treatment and Recovery. (Updated May 27, 2020). American Lung Association. https://www.lung.org/lung-health-diseases/lung-disease-lookup/pneumonia/treatment-and-recovery [Accessed September 24th, 2020]
    b) Pneumonia | NHLBI, NIH. National Heart, Lung and Blood Institute. https://www.nhlbi.nih.gov/health-topics/pneumonia [Accessed September 24th, 2020]
    Slaid 8 – Guidelines for Adult Immunisation 2nd Edition, Malaysian Society of Infectious Diseases and Chemotherapy 2014

    MY-PNX-00089 Sep/2020

Adakah anda akan mempertimbangkan vaksinasi pneumokokus sebagai salah satu langkah pencegahan pneumonia bagi diri anda atau orang yang anda kasihi?


Thank you! Your submission was successfully sent :-)×
Opps! Some went wrong... Your submission did not go through :-(×

MY-PNX-00095 Sep/2020

© 2020 Immunise4Life
Terms of Use | Privacy | Disclaimer
MY-PNX-00094 Sep/2020